Pengorbanan itu Indah

Erm..

Sudah lama saya menyepi dari berkongsi bersama para pembaca. Memang lama sangat sampai blog saya dah naik sawang =)

“Ana rasa kita kena beli projector ni. Senang nak buat pembentangan dan perkongsian ilmu dengan orang ramai. Bukan kita ja yang nak faham agama dan kena kongsikan bersama kawan-kawan lain,” ujar seorang ikhwah.

“Elok sangat tu. Memang dah kena ada pun. Tapi harga projector berapa ya?,” soal ikhwah yang lain.

“Erm…kalau tengok kat internet harga lebih kurang 80 kpg (KRW800,000),” jelas ikhwah yang hebat kemahirannya dalam bidang media.

“Tu dia! Mahai tu nak beli..,”gusar sahabat seorang ni.

“Apa kata kita pakat kumpui duit untuk beli projector?Tak la beban sangat dekat semua ikhwah..” cadang ikhwah media tersebut.

Setelah berbincang, akhirnya keputusan sepakat bersetuju untuk mengeluarkan dari poket masig-masing. Namun, seorang terpaksa mengeluarkan sebanyak 20 kpg(KRW 200,000) ketika itu.

Masya Allah! Hebatnya rijal yang inginkan izzah Islam itu dirasai bersama dengan rakan-rakan lain hinggakan duit dari poket masing-masing diinfaqkan untuk keperluan semasa.

Sebenarnya perbualan ini berlaku 4 tahun yang lepas di Korea Selatan. Pemancar skrin tersebut masih ada dan boleh digunakan hingga sekarang. Setiap kali pembentangan pemancar skrin tersebut akan dikelek oleh ikhwah ataupun akhawat untuk diguna pada daurah(kursus) mahupun pembentangan umum.

Ini adalah di antara pengorbanan mereka yang sedar tentang pentingnya untuk mengembalikan Islam supaya dihidupkan dalam setiap aspek kehidupan mereka. Bagi saya, pengorbanan mereka berjaya merubah biah(suasana) pelajar di sini untuk belajar menghayati Islam secara praktikal. Walaupun masih ada compang campingnya dalam pergerakan memperbaiki kualiti pelajar di sini, namun bagi saya ia cukup menyayat hati di atas pengorbanan mereka hingga beberapa kali saya menitiskan air mata mengenangkan pengorbanan mereka. Bahkan mereka hingga kini, terus istiqamah untuk melaksanakan pengorbanan mereka samada diri, masa, wang, kepakaran dan semuanya dihalakan untuk mengajak manusia mengenal siapa mereka dan ke mana mereka selepas ini.

Saya juga tidak menafikan jasa-jasa yang lain bahkan banyak kisah-kisah pengorban yang boleh dikongsikan. Tapi kisah yang saya kongsikan di atas adalah antara kisah yang benar-benar mendidik saya untuk sabar dan istiqamah dalam mentarbiah diri.

Pengorbanan yang dituntut

Saya teringat apa yang diingatkan oleh As-syahid Imam Hassan Al-Banna kepada kita :

“apa yang saya maksudkan dengan berkorban ialah menyumbang jiwa dan harta, masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan. Segala pengorbanan yang disumbangkan demi gagasan ini tidak akan disia-siakan sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pahala yang lebih baik.

pengorbanan generasi terdahulu menjatuhkan tentera tartar adalah satu pengorbanan yang cukup dahsyat hingga ummah bergerak bersama merealisasikan gagasan yang jelas

Mari kita sama-sama renungi sepotong ayat dari Al-Quran :

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membayarnya dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu membunuh atau dibunuh. Itulah janji yang benar yang disebut di dalam kitab Taurat, Injil dan Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian adalah kemenangan yang besar.” -Surah At-Taubah : 111-

Begitulah nilai pengorbanan yang perlu ummat ini faham supaya gagasan yang ingin dibwa oleh kita jelas dan mencapai dengan cara yang paling baik. Ada syair Arab menyebut :

“Sesiapa yang mengejar ketinggian tanpa berpenat lelah, maka dia telah mensia-siakan kerjanya dalam menuntut sesuatu yang mustahil”

Sebagai ummat Islam, pengorbanan yang perlu kita laksanakan bukanlah pengorbanan yang biasa-biasa tetapi ia mempunyai implikasi yang cukup besar kepada generasi seterusnya. Cuba kita selami jasa dan pengorbanan para sahabat. Antaranya, Suhaib Ar-Rumi.

Beliau telah mengorbankan seluruh apa yang beliau miliki demi untuk menolong agama Allah SWT. Oleh sifatnya yang kuat berkorban, Allah SWT telah merakamkan tindakan beliau sebagai pembakar semangat generasi seterusnya.

“Dan di antara mereka ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambanya” -AlBaqarah:207-

Rasulullah SAW memuji Suhaib Ar-Rumi seraya berkata : “Beruntunglah perniagaan kamu wahai Suhaib”

Begitu juga pengorbanan yang ditunjukkan oleh pendakwah pertama yang dihantar Rasulullah ke Madinah, Mus’ab Bin Umair. Seorang pemuda yang mengorbankan segalanya demi memenangkan dan meninggikan kalimah Allah di muka bumi.

Kita lihat pengorbanan bukan datang dari golongan lelaki sahaja tetapi kaum Hawa turut ditarbiah oleh rasulullah secara praktikal untuk bersama dalam satu sof agar kerjasama antara mereka wujud. Lihat sahaja pengorbanan sahabiyat seperti Khadijah, Ummu Salamah, Ummu Sulaim, Nusaibah, Asma’dan lain-lain.

Peringatan Buat yang Lupa

Duhai saudaraku,

Ketika kita menyibukkan masa kita dengan perkembangan hiburan atau sukan, mengikuti gosip-gosip artis Korea, melayan drama, mengupdate lagu terkini yang seronok untuk didengari, tapi mereka berhempas pulas memikirkan usaha yang terbaik untuk meningkatkan prestasi iman mereka serta memikirkan tindakan-tindakan yang boleh diambil mereka untuk menyedarkan ummat dan khususnya bangsa mereka sendiri yang kian leka.

mickey mouse yang dikenali sebagai watak kartun kanak-kanak kini mengorak langkah yang akan meruntuhkan jati diri ummah

Ketika kita bersengkang mata untuk menonton movie-movie di tengah malam, golongan yang cintakan Allah dan agama yang suci bermunajat memohon keampunan bagi ummatnya. Ketika kita seronok mengupdate gadget kita untuk tujuan bermegah-megahan, mereka mengurus wang mereka agar dapat digunakan di masa  mendatang bagi merealisasikan projek-projek dakwah. Ketika kita sibuk berlatih menyanyi hanya untuk menghiburkan orang lain, mereka mendidik diri supaya mampu memberi manfaat untuk ummatnya dalam semua aspek kebaikan.

Kisah-kisah pengorbanan saya kongsikan bersama agar saya dan para pembaca menilai diri kita.

Apakah kita cuba sedaya upaya untuk mentarbiah diri semampu kita hingga Allah benar-benar menganugerahkan hidayah dan petunjuknya kepada kita?

Sudahkah kita berusaha untuk memberi sehabis baik untuk agama Allah dan ummah?

Apakah generasi seterusnya memahami Islam seperti mana kita memahaminya dengan jelas?

Adakah kita sudah berjaya melahirkan generasi lulusan dari Korea Selatan yang hebat dari sudut akhlaknya, peribadi Muslimnya, akademiknya bahkan sesuai dengan pasaran pekerjaan?

Duhai saudara saudariku yang dikasihi,

Kerja kita banyak. Tugas dan tanggungjawab kita besar. Tidak ada masa untuk kita bergoyang kaki. Lakukan pengislahan (pembaikan) dari diri kita. Usahalah untuk belajar berkorban terutamanya masa dalam memahami Islam yang sebenar. Pertingkatkan sof tarbiah dan kukuhkanlah ikatan persaudaraan(ukhuwwah) antara kalian.

Mahukah kita melihat anak bangsa sendiri sebagai

i.jaguhnya adalah hanya pada game CS?

ii.pakar dalam strategi melawan musuh dalam Doota sahaja?

iii.tidurnya banyak hingga solat fardhu terlepas (terutamanya subuh)?

Namun, bila sampai aspek lain, dia adalah :

iv.Paling lambat menunaikan tanggungjawab fardhu.

v.tidak mengambil berat urusan akademiknya.

vi.Paling rosak akhlaknya dan sering mengkuti hawa nafsu.

Ayuh bangsaku,

Disiplinkanlah mengurus dirimu. Laksanakanlah ia sebaik mungkin dan sandarkanlah usahamu kepada Allah SWT. Berusahalah bersungguh-sungguh sehingga Allah SWT memberi kemenangan kepada kamu dan ummat ini.

“Membina Generasi Harapan”

“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s