Antara nikmat yang Halal dan yang Haram

Bismillah…

Selasa lepas, isteri, Nazihah, ada temujanji dengan doktor untuk pemeriksaan kandungan bulanan. Paknap tak sempat pula nak bawa disebabkan waktu temujanji adalah pada pukul 2 petang dan ada urusan penting di pejabat. Apapun, jutaan jazakumuLLAHU khairal jaza’ buat Ukhti Iffah yang menemani kak Zihah ke hospital. Inilah yang di antara support system yang baik.

“Assalammualaikum, macam mana tadi check-up? Doktor kata apa pasai baby?,” soalku melalui telefon pejabat dengan nada yang cukup perlahan.

“Doktor kata ok. Baby sihat dan normal cuma dia kata saiz perut baby tu kecik sket. Dia suruh makan banyak daging,” ulas isteri.

“owh, ya ka?takpa la kalau macam tu lepas ni kita beli banyak sket daging,” balas saya dengan penuh perhatian agar saya tak lupa untuk belikan daging lembu sebagai lauk isteri yang semakin sarat. Saya lebih gemar ikan dan selalunya kami akan banyak makan ikan berbanding daging. Namun, kesihatan isteri dan anak perlu diutamakan.

“Abang, takut la tadi Nazihah dengar ada orang pompuan yang sebelum Nazihah menjerit kuat sangat. Lepas tu, dia keluar dengan kain berdarah banyak sangat. Nampak ada nurse bawa bekas and dalam bekas tu ada benda yang ditutup dengan kain warna hijau,” sambungnya menceritakan pengalaman barunya. Dia dan ukhti Iffah memang sudah mula meremang ketakutan dan menganggarkan ia adalah kes pengguguran anak.

Meneliti dari kisah yang diceritakan, Paknap rasakan memang berkemungkinan besar itu adalah kes pengguguran anak.

cara pengguguran anak curettage

embryotomy, sungguh kejam

embryotomy, sungguh kejam

Waktu menunjukkan pukul 5.30 petang, Paknap cepat-cepat bersiap sedia untuk solat dan terus mencari ruang dalam bilik store untuk menunaikan solat Maghrib. Selesai solat fardhu dan ba’diah, Paknap meluru ke meja dan menunggu masa untuk turun makan bersama dengan seorang Senior Manager.

…Just now my wife told me she heard a shout by a woman and she assumed that was an abortion case” ucap Paknap dalam Bahasa Inggeris kepada senior manager.

Paknap lanjutkan perkongsian tentang isu pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi di Malaysia. Anak luar nikah dibuang kerana masyarakat Malaysia tidak menerima anak luar nikah dan ia amat memalukan bagi masyarakat di Malaysia. Lantas, dia menceritakan benda tu berlaku di sini juga. Tetapi ada institusi yang bertindak untuk melindungi anak-anak luar nikah tersebut, iaitu gereja yang diselenggara oleh pastor (목사) gereja tersebut. Namun, dia menceritakan tindakan pastor tersebut bagi membiayai anak luar nikah dibantah oleh kerajaan dan institusi gereja tersebut tidak mendapat sebarang bantuan kerajaan. Mereka hanya bergantung kepada sesiapa yang ingin menyumbang perbelanjaan pengurusan anak-anak luar nikah tersebut (support / 후원).

Sistem yang dipakai dinamakan baby box (베이비 박스). Anak luar nikah yang tidak ingin dijaga oleh si ibu ataupun anak yang cacat yang tidak diingini oleh ibu bapa akan diletakkan dalam satu kotak di pintu depan gereja tersebut. Sensor akan memaklumkan pihak gereja apabila ada bayi yang diletakkan dalam kotak tersebut. Pastor atau nun akan turun mendapatkan bayi tersebut. Sistem ini sudah diperkenalkan di negara-negara Eropah seperti Republic Chezh dan Jerman serta beberapa negara yang lain. Namun, tindakan sebegini yang diambil oleh gereja dibantah oleh sesetengah kerajaan.

baby box yang dibuat khas untuk letak bayi

baby box yang dibuat khas untuk letak bayi

Pernah tengok cerita The Hunchback of Notre Dame? Haa..macam ni la si ibu tersebut meninggalkan anak luar nikah pada gereja. Cuma sistem di sini ada kotak khas dan si ibu yang meninggalkan perlu menyatakan tarikh bayi tersebut dilahirkan.

—————————————————————————————————

Kadar anak luar nikah dan kes pengguguran di Korea Selatan

Hasil amatan dan kajian saya dalam masa yang terhad ini, apa yang saya dapati adalah :

  1. Menurut satu statistik yang dibuat, pada tahun 1995, terdapat seramai 90,000 isi rumah (household) adalah ibu yang tidak berkahwin (unmarried mother). Pada tahun 2000, jumlah tersebut meningkat kepada 120,000 dan meningkat melebihi 130,000 pada tahun 2005. Dianggarkan pada tahun 2010, hampir lebih 1.5 juta isi rumah adalah keluarga tunggal (single family, termasuk yang bercerai dan lain-lain).
  2. 48% dari kalangan ibu yang tidak berkahwin, memilih untuk menggugurkan anak mereka manakala 53% lagi memilih untuk menjaga anak tersebut. Namun, dari 53% tersebut, 34% membuat keputusan untuk meletakkan anak tersebut kepada pusat-pusat jagaan kerana masalah kewangan, 30% kerana bimbang masa depan anak tersebut, 10% kerana berasa masih muda untuk menjadi ibu. Selebihnya membuat keputusan untuk menjaga sendiri kerana sifat kemanusiaan, rasa berdosa meletakkan anak tersebut di pusat-pusat jagaan dan merasakan anak tersebut adalah anaknya dan perlu bertanggungjawab.
  3. Menurut statistik Kementerian Kesihatan, Kebajikan dan Keluarga Korea, pada tahun 2009, kadar kelahiran adalah seramai 446,500 bayi manakala 340,000 adalah kes pengguguran. Ini menunjukkan nisbah anak yang digugurkan dengan anak yang dilahirkan adalah 3:4
  4. Cara yang diguna pakai  untuk menyelesaikan masalah anak luar nikah melalui perspektif golongan liberal mahupun yang tidak bertunjangkan agama wahyu ini ialah : MENERAPKAN PENDIDIKAN SEKS YANG SELAMAT
anak luar nikah yang baru bulan lepas dilahirkan. ibunya berumur 25 tahun (sama umur dengan isteri paknap)

surat makluman: anak luar nikah yang baru bulan lepas dilahirkan. ibunya berumur 25 tahun (sama umur dengan isteri paknap)

 

anak yang tidak bersalah itu (bayi lelaki)

anak yang tidak bersalah itu (bayi lelaki)

—————————————————————————————————

Pengajaran dari realiti semasa

Melihat kepada isu sebegini, kita boleh simpulkan beberapa perkara:

  1. Isu zina mahupun perlakuan seks sebelum nikah amatlah berleluasa dan merebak ke seluruh dunia. Perhatikan sahaja isu ini samada di Amerika Syarikat, negara-negara Eropah mahupun negara-negara maju di sebelah Timur seperti Jepun dan Korea. Kini, ia menular serba sedikit ke dalam negara-negara ummat Islam.
  2. Isu anak luar nikah atau zina bukanlah isu remeh-temeh tetapi isu yang akan merosakkan sesebuah masyarakat mahupun tamadun kerana anak yang lahir adalah anak tidak sah taraf.
  3. Ruang lingkup pemikiran secara liberal akan membuatkan kita membiarkan masalah ini merebak cepat dalam masyarakat kita. Oleh itu, perlu ada sikap peduli terhadap kemajuan ummat.
  4. Menjadi tanggungjawab semua pihak terutamanya aktivis Islam, NGO Islam, badan-badan serta organisasi Islam untuk memberi fokus kepada asas tarbiah (pendidikan) yang berteraskan Al-Quran & Sunnah dengan kukuh dan membina kembali jati diri anak bangsa mereka.
  5. Sistem kekeluargaan yang benar-benar mempunyai agenda sahaja dapat kekal sebagai institusi yang kukuh serta sebagai benteng dari pelbagai ancaman yang bahaya sebegini.
meletakkan agenda dalam sistem kekeluargaan adalah usaha dalam menjamin institusi keluarga yang berkualiti

meletakkan agenda dalam sistem kekeluargaan adalah usaha dalam menjamin institusi keluarga yang berkualiti

—————————————————————————————————

Buat pemuda pemudi di luar sana khusunya anak bangsa sendiri yang beragama Islam….

Hati-hatilah dalam memulakan langkah kalian agar tidak terjerumus dalam masalah zina yang semakin berleluasa di akhir zaman ini. Zina bukan sahaja setakat memburukkan maruah keluarga bahkan merosakkan masa depan kita serta anak yang dilahirkan.

Pastikan kalian berada di jalan yang selamat dan jangan membuka ruang kepada pintu-pintu yang akan membawa kepada kancah penzinaan terutamanya mereka yang sudahpun memulakan hubungan cintan-cintun di saat ini. Saya ingatkan buat kalian supaya berfikir panjang dan amatilah apa yang kalian inginkan dalam kehidupan ini. Kita sebagai seorang Muslim sudahpasti ada agenda tersendiri yang Allah SWT telah letakkan pada setiap bahu kita.

Ada beberapa usaha yang kita boleh ambil dalam membina benteng diri ialah :

  1. Kurangkan masa duduk berseorangan dan urus masa dengan sebaik mungkin.
  2. Budayakan meletakkan misi dan visi samada harian, mingguan, tahunan mahupun hidup.
  3. Sentiasa memeriksa hati dan akhlak kita. Akhlak yang merangkumi lintasan hati, pertuturan serta perbuatan kita.
  4. Tidak lalai dan alpa tentang urusan solat dan melaksanakan solat dengan cara yang terbaik iaitu secara berjemaah.
  5. Mendekati orang-orang yang baik dan soleh serta berkongsi masalah dengan mereka yang dipercayai (tsiqah).
  6. Menghadiri sebarang program yang bermanfaat dari segi syara’ dan sentiasa berazam untuk memberi sumbangan dalam apa jua bentuk samada berbentuk ilmiah mahupun sukan.
  7. Membudayakan pergaulan yang terjaga dan tidak melanggar batas syara’.
taubat & memohon keampunan perlu disegerakan

taubat & memohon keampunan perlu disegerakan

Buat para graduan dan bakal graduan Korea Selatan, bukanlah KPop, drama menyentuh hati atau 1박 2일 yang kita ingin bawa pulang tetapi nilai-nilai yang membina jati diri se menjadi bekalan utama. Apa erti jikalau kita graduan Korea tapi tidak mampu untuk mengimplimentasikan budaya-budaya positif yang ada pada masyarakat Korea. Pengajian ijazah sarjana muda yang memakan masa 5 atau 6 tahun tidak sepatutnya dibuang sebegitu sahaja. Manfaatkan sebaik mungkin agar tidak menyesal di hari kelak.

hiburan ada batasannya

hiburan ada batasannya

sudah menjadi idola dan ditiru-tiru oleh anak muda

sudah menjadi idola dan ditiru-tiru oleh anak muda

Peringatan ini saya tujukan khususnya buat saya, isteri, rakan-rakan ISMA KOREA dan semua pendokong Islam serta yang cintakan kebenaran umumnya.

Semoga Allah memberi kekuatan buat kita untuk membina generasi yang celik serta mempunyai jati diri yang mampu mengharungi cabaran semasa yang semakin bobrok. Persiapan kita menghadapi hari kebangkitan.

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”. Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).”  Surah Al-Zalzalah : 1-8

WaALLAHU a’lam.

p/s : sebarang kesalahan maklumat atau informasi boleh maklumkan pada Paknap.

Tahun Baru Hijrah 1433H & Kita

Bismillah..

Segala puji bagi Allah yang memberi peluang kepada kita untuk memasuki tahun baru Islam bagi tahun 1433H. Apa yang kita harapkan dari tahun baru yang tiba ini, adalah tahun di mana kita, ummat Islam meningkatkan amalan-amalan kebaikan supaya ia menjadi bukti untuk kita menghadap Allah SWT.

Melayari memori perjuangan Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah membuatkan saya cukup terharu akan perjuangan baginda dan saya mengharapkan generasi  ummat Islam masa kini mengambil pengajaran dari peristiwa agung tersebut. Ingin saya nukilkan dari ringkasan sejarah yang ditulis oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah, EXCO Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), dalam blog beliau mengatakan bahawa hasil dari hijrah membuktikan para sahabat berjaya membina kerajaan terkuat di dunia dan pusat Tamaddun Islam yang berterusan lebih 1300 tahun. Realiti sejarah ini perlu diambil pengajaran oleh ummat Islam masa kini.

Di Malaysia dan kawasan rantau Tanah Melayu, sudah menjadi kebiasaan masyarakat setempat membaca do’a akhir tahun dan do’a awal tahun yang disusun oleh ulama’ nusantara. Semoga do’a yang kita baca menjadi benteng dan menjadi kekuatan kepada kita bagi meneruskan tahun yang mendatang. Betapa halusnya masyarakat Melayu menghayati setiap peristiwa sejarah Nabi agar masyarakat sentiasa peka dengan setiap peristiwa besar dalam Islam. Namun, membaca do’a bagi awal dan akhir tahun bukanlah amalan Rasulullah S.A.W. bahkan perkiraan tahun hijrah juga bermula ketika pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab tetapi bagi mereka yang ingin mengamalkan membaca do’a tersebut ambillah peluang ini sebagai masa untuk memuhasabah diri dan sebagai tarhib (peringatan) supaya kita mampu kekal melaksanakan tanggungjawab kepada Allah S.W.T. Manakala bagi mereka yang tidak mahu membaca juga tidak menjadi masalah dan bukanlah menjadi satu kesalahan besar.

Hijrah Membangun Umat Beragenda

Berada di tanah gersang Korea Selatan merupakan satu cabaran buat ummat Islam. Cabaran mereka meliputi kesukaran mencari makanan halal hinggalah ke aspek ibadah khusus. Apapun cabaran yang kita lalui sebenarnya akan mengukuhkan keimanan kita sekiranya kita mampu mengekalkan jati diri Muslim serta berani untuk mengiklankan prinsip hidup kita. Saya doakan agar ummat Islam yang berada di Korea Selatan samada pelajar, kakitangan kerajaan, golongan professional dan sebagainya bersama-sama mendalami erti hijrah yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. serta menghubungkaitkan dengan pengalaman sepanjang keberadaan kita di perantauan.

Sahabat sekalian,

Apabila kita mengatakan penyaksian kita kepada Allah S.W.T, maka kita perlu berusaha memahami erti sebenar ajaran dan agenda yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada umatnya. Mungkin selama ini kita sering mengambil peluang yang diberi sambil lewa hingga kita lupa sebenarnya Allah inginkan kita berusaha menegakkan kalimahNya yang tinggi dalam setiap ruang lingkup kita tetapi kita tidak memahaminya. Menjadi agenda kita juga sebagai ummat Islam untuk membuktikan bahawa Islam adalah satu sistem yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia.

Buat golongan pemuda-pemudi, semoga kalian menjadikan pengalaman di Korea Selatan sebagai pengalaman yang cukup berharga untuk diaplikasikan sebaik sahaja pulang ke tanah air tercinta. Di sanalah medan realiti kita berjuang dan menyampaikan risalah kepada kaum kita sendiri. Ambillah peluang di sini untuk berhijrah sebaik mungkin dan peliharalah kecemerlangan anda samada dari segi syakhsiah, akademik dan juga bidang-bidang kemahiran tambahan. Masih banyak nilai-nilai murni yang perlu kita hayati dan menghidupkan budaya tersebut di dalam kehidupan harian kita seperti membuat kerja bersugguh-sungguh, tidak menangguh urusan yang diberi, fokus dalam pekerjaan, tepat waktu dan sebagainya agar kita mampu membentuk generasi yang memenuhi kriteria yang digariskan oleh Imam As-syahid Hassan Al-banna.

Akhir kalam, mari sama-sama kita berhijrah dan memulakan tahun baru untuk bermuhasabah dan bertaubat di atas kelalaian kita yang lepas. Hayatilah satu kisah di mana Mansur bin Amar menasihati seorang pemuda, “Wahai pemuda, janganlah engkau tertipu oleh mudamu, betapa banyak anak muda melambat-lambatkan taubat lalu apabila maut datang dia lupa bertaubat. Apabila seluruh anak isteri dan keluarganya bahkan hartanya tidak berguna lagi”.

Maksudnya : “pada hari di mana harta dan anak tidak bermanfaat, kecuali orang yang dating kepada Allah (mati) (dengan hati yang selamat membawa iman/taubat)” as-syura; 88-89

Semoga kedatangan tahun baru 1433H membawa seribu makna kepada ummat Islam serta sinar hidayah di Korea Selatan. Amin.

Sekian.                                                                                                                                                  Salam Hijrah Membangun Umat Beragenda.

 

 

 

 

Pengerusi,                                                                                                                                    Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Korea Selatan

Pesanan ayahnda~

Bismillah…..

Baru pulang dari pejabat dan sempat makan malam bersama isteri.   Selesai menikmati hidangan yang disediakan isteri, paknap meluru ke dapur untuk basuh pinggan dan periuk yang ditinggalkan isteri tersayang =)

Sambil basuh-basuh, terngiang-ngiang pesanan ayahnda. Dua perkara yang cukup terpahat di dalam hati ini :

1. “Jaga hati jangan riak & bangga diri dalam melakukan dakwah. Berapa ramai orang tersungkur dalam medan dakwah kerana tak tak jaga hati”

2. “Berapa ramai mak ayah orang hebat-hebat tapi anak-anak depa tak menjadi. Ada keluarga anak sampai 8 orang dan semua anak-anak dia menjadi. Kadang ada keluarga anak 8 orang, hidup susah pulak tu. lepas tu, anak seorang pun tak menjadi. Besaq nanti kena tengok leklok la anak-anak”

Ayah adalah seorang yang cukup seronok dijadikan teman bersembang. Kalau kami sekeluarga pulang ke kampung, paknap akan ditugaskan untuk duduk sebelah ayah menemani ayah sepanjang perjalanan ke kampung.  Seorang yang cukup suka bersembang dan kongsikan maklumat terkini.

Apa yang ingin paknap ketengahkan dari 2 nasihat di atas adalah mereka yang berusaha menjalankan tanggungjawab sebagai penyeru kebaikan, menegakkan amar makruf & nahi munkar, senantiasa berada di dalam suasana berhati-hati dan ujian yang mencabar. Kita diuji, keluarga diuji, anak-anak diuji, harta benda diuji dan sebagainya. Sekiranya kita tidak memahami hakikat sebenar hidup ini, maka kita akan tersungkur kerana tidak pandai menyusun keutamaan (priority) dalam kehidupan. nauzubillah…

Suasana dan cabaran sekarang memerlukan ibu bapa yang bukan sekadar menyediakan pendidikan yang baik untuk anak-anak tetapi ibu bapa juga perlu bersedia menjadi contoh ikutan yang baik serta berusaha sehabis mungkin  menjadikan diri mereka sebagai pendidik dan tempat merujuk yang utama kepada anak-anak mereka.

Melihat kepada zaman kanak-kanak saya, ayah cukup memberi perhatian kepada kami sama ada dari aspek agama, kesihatan, pendidikan mahupun sukan. Saya mendapat raket tenis pertama ketika darjah 6. Adik-adik saya ada yang mendapat boot bola jenama Adidas Predator ketika darjah 5, ada yang mendapat kayu hoki (jenama apa saya tak ingat tapi jenama original juga). Namun, kami juga sedikit pun tidak ketinggalan dalam hal ehwal pendidikan agama. Saya masih ingat, dilatih menghafal Quran seusia 8 tahun. Ketika itu, hafal Surah Yasin & As-Sajdah. Begitu juga adik-adik saya yang lain bahkan mereka lebih ke depan dalam hafazan Quran.  Tetapi, apabila melihat sikap ayah yang hanya tetap mengekalkan sifat coolnya menaiki Suzuki GSX110 (sejak tahun 1996 hingga kini) ke sekolah, membuatkan saya memahami erti sebenar pengorbanan seorang ayah. Kunci utama baginya ialah pendidikan anak-anak yang seimbang adalah keutamaan.

Mak & ayah ketika walimah di Selama, Perak. Diijab kabulkan di Binghamton, NY oleh Aziz Al-Dweik (Speaker of The Palestinian Legislative Council), sahabat karib ayah ketika di NY

majlis akad nikah dilaksanakan oleh Aziz Al-Duwaik

Begitu juga emak, seorang guru Fizik & Matematik Tambahan, yang mana akan tiba di rumah pada pukul 4 petang akan bersiap sedia untuk solat Asar dan seterusnya mengajar adik-adik belajar Al-Quran serta memeriksa hafazan adik-adik. Terus di malam hari akan bersiap siaga untuk mengajar adik-adik menyiapkan kerja sekolah kerana kami tak ambil kelas tambahan di luar. Kemudian, akan menyelesaikan menanda buku-buku anak muridnya pula. Begitulah rutin mak. Namun, sedikitpun tidak mengabaikannya untuk istiqamah berqiamullail dan juga membaca Al-Quran.

Seusia hampir menjadi ayah, nasihat-nasihat dan peringatan mak & ayah amat memberi motivasi kepada paknap. Alhamdulillah, Allah ketemukan dengan seorang wanita yang serasi serta keluarga mentua yang tidak jauh beza dengan pengorbanan mak ayah paknap. Keperibadian yang hebat pada mak ayah mentua yang dikongsikan oleh isteri juga  turut memberi semangat dalam menyusun langkah dengan penuh terancang. Diserikan lagi dengan adik beradik ipar yang ceria-ceria belaka. =)

Semoga pasangan suami isteri generasi masa kini berusaha sebaik mungkin mengukuhkan kefahaman agama mereka dan mempunya kesediaan memberi perhatian kepada tumbesaran anak-anak kita.

Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Warisan bagi Allah ‘Azza wajalla dari hambaNya yang beriman ialah puteranya yang beribadah kepada Allah sesudahnya.”

(HR. Ath-Thahawi).

WaALLAHU a’lam…

Saya sangat bimbang….

Assalammualaikum wbt,

Ana harap perkongsian ini diambil perhatian oleh semua ummat Islam terutamanya Muslimin di tanah air tercinta.

Kalau tengok di depan rumah masing-masing di Korea anda akan Nampak apa yang terang benderang?Simbol apa?Sudah tentu semua orang tahu. Persoalannya, kenapa di Korea mereka meletakkan salib yang berwarna merah? Hal ini adalah kerana mereka mempercayai merah itu membawa maksud darah Nabi Isa a.s sewaktu disalib dan disiksa.

Ada sejarah yang panjang tentang Kristian di Korea. Korea yang pada asalnya menganut fahaman confusianisme. Kemudian, berkembang agama Buddha pada zaman Baekjae(백재시대). Dari sini, agama Buddha berkembang ke Jepun. Oleh sebab itu, ada sejarah yang mengatakan bahawa Jepun berasal dari Korea. Namun, sejak bila agama Kristian mendapat tempat di kalangan masyarakat Korea?

Selepas Kerajaan Baekjae, adalah Kerajaan Josoun (조선시대). Kerajaan ini telah menghapuskan semua agama yang wujud di Korea serta mengharamkan agama disebarkan. Oleh sebab itu, kita dapat lihat temple2 Buddha terdapat di tempat2 jauh dari bandar dan di lereng2 bukit atau di kaki bukit. Selepas Korea dijajah oleh Jepun, hampir 40 tahun, ekonomi negara Korea amat dan bilangan orang di bawah tahap kemiskinan amat ramai. Setelah itu, tercetusnya Perang Korea (한국전쟁 25.6.1950 dan berehat sekejap dari 27.7.1953 hingga kini), Korea selatan mendapat bantuan ketentaraan terutamanya dari US, Australia, NZ. Melalui bantuan ini, Kristian mula bertapak di Korea Selatan. Sama juga dengan Islam yang berjaya masuk melalui bantuan tentera Turki. Namun, kedatangan mubaligh Kristian yang datang ke sini adalah dari pelbagai mazhab (lebih dari 30 cabang) dan pelbagai ajaran yang mungkin sebahagiannya terlalu fanatik hingga ada yang menyatakan Nabi Isa adalah dari kalangan orang Korea sendiri.

Agama Kristian mula mendapat tempat dalam masyarakat Korea setelah mana golongan mubaligh mempromosikan kepentingan pendidikan kepada masyarakat. Hanya melalui pendidikan sahaja mereka mampu bangun dan memajukan negara. Seterusnya, para mubaligh Kristian turut menyebarkan propaganda bahawa mempercayai syaman/sihir merupakan faktor kpd mereka hidup melarat serta dalam kesempitan. Sebab itu, penganut Kristian mendabik dada bahawa kejayaan Korea sekarang adalah hasil drpd mereka beriman kpd Jesus dan Tuhan. Lalu, Tuhan telah memberi kejayaan kpd mereka.

Kini, Kristian adalah pelopor utama dalam menggerakkan ekonomi Korea (sama ada kita sedar atau tidak). Bahkan gereja2 yang dibina bukanlah didaftarkan di bawah religous affairs tetapi di bawah business registration, iaitu gereja adalah salah satu badan/organisasi yang membuat keuntungan/profit. Jadi pembinaan gereja di sini adalah salah satu sistem dalam membuat duit. Sebab tu kita dapat lihat paderi2 mereka sangat kaya raya.

Apa kaitan Korea dgn Malaysia

Perkembangan pesat korea telah menjadi contoh terhadap negara kita, Malaysia. Kini, kerajaan sudah mula untuk beralih angin dr Jepun kpd Korea. Tun Mahathir sendiri sudah menyatakan kpd supaya lupakan tntg Jepun dan mulakan ekonomi kita dgn Korea (‘forget about Japan, it’s time to move on to Korea’). Kehadiran Menteri MOSTI baru2 ini, turut menyatakan perkara yang sama. Korea akan menjadi salah satu negara utama kpd negara kita dalam meningkatkan kemajuan ekonomi.

Namun, kebimbangan saya adalah pada jati diri ummat Islam di Malaysia. Sudah maklum dgn hiburan yang dibawa masuk di bawah perkataan hallyu (korean wave), drama, lagu, artis & sebagainya semakin hari membuatkan anak muda Melayu Muslim sudah hilang jati diri mereka. Dengan kemelesetan ekonomi di negara Barat terutamanya Amerika Syarikat, yang berhutang hampir 14 trillion USD, membuatkan saya rasa tidak  mustahil Korea Selatan mampu mengambil alih peranan Amerika Syarikat pada masa akan datang kerana mereka memang mempunyai kekuatan ekonomi yang cukup kuat & kukuh. Bahkan penganut Kristian juga turut meningkat di negara ini dan mereka adalah penganut yang cukup kuat dalam menghantar missionary ke negara2 luar. Walaupun ekonomi mereka bersifat export-oriented, tetapi kegigihan mereka menunjukkan perkembangan ekonomi sejajar dgn perkembangan Kristian di sini.

Pertubuhan2 Kristian di sini mempunyai dana yang cukup besar dan mereka memang bersedia untuk membantu mana2 negara yang memerlukan seperti Korea Utara. Bank2 besar sudah mula merge dengan bank2 kecil bagi membentuk dana2 tersebut. Yang penting pihak(negara) yang memerlukan membuka pintu utk mereka menghantar mubaligh2 ke sana.

Apa yang saya bimbangkan

Dlm kesibukan mengejar pembangunan lahiriah, saya amat bimbang terutamanya umat Islam di Malaysia akan semakin hilang jati dirinya dan tanpa sedar kita menjadi negara yang paling liberal. Ketahuilah perancangan musuh Islam benar2 terancang. Kita mungkin boleh kata kita tahu & sedar tapi seandainya tanpa TARBIYAH yang kukuh dan dipasak dgn baik, ia mampu menghakis tanpa kita sedari.

Ana menyeru semua terutamanya, ikhwah/akhawat ISMA agar benar-benar memberi perhatian terhadap survival ummat Islam khususnya di Malaysia. Peringatan untuk semua termasuk diri ana. Mahukah kita melihat generasi seterusnya hanya Islam pada nama? Semua itu akan dipersoalkan kpd kita di akhirat kelak. Apakah usaha yg telah kamu lakukan? Semua ini dapat dijawab oleh mereka yang benar-benar menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka…waAllahu a’lam.

turun untuk menyatakan kesatuan ummat ini

*kalau ada fakta yang salah, mohon maklumkan pada ana.

 

Pengorbanan itu Indah

Erm..

Sudah lama saya menyepi dari berkongsi bersama para pembaca. Memang lama sangat sampai blog saya dah naik sawang =)

“Ana rasa kita kena beli projector ni. Senang nak buat pembentangan dan perkongsian ilmu dengan orang ramai. Bukan kita ja yang nak faham agama dan kena kongsikan bersama kawan-kawan lain,” ujar seorang ikhwah.

“Elok sangat tu. Memang dah kena ada pun. Tapi harga projector berapa ya?,” soal ikhwah yang lain.

“Erm…kalau tengok kat internet harga lebih kurang 80 kpg (KRW800,000),” jelas ikhwah yang hebat kemahirannya dalam bidang media.

“Tu dia! Mahai tu nak beli..,”gusar sahabat seorang ni.

“Apa kata kita pakat kumpui duit untuk beli projector?Tak la beban sangat dekat semua ikhwah..” cadang ikhwah media tersebut.

Setelah berbincang, akhirnya keputusan sepakat bersetuju untuk mengeluarkan dari poket masig-masing. Namun, seorang terpaksa mengeluarkan sebanyak 20 kpg(KRW 200,000) ketika itu.

Masya Allah! Hebatnya rijal yang inginkan izzah Islam itu dirasai bersama dengan rakan-rakan lain hinggakan duit dari poket masing-masing diinfaqkan untuk keperluan semasa.

Sebenarnya perbualan ini berlaku 4 tahun yang lepas di Korea Selatan. Pemancar skrin tersebut masih ada dan boleh digunakan hingga sekarang. Setiap kali pembentangan pemancar skrin tersebut akan dikelek oleh ikhwah ataupun akhawat untuk diguna pada daurah(kursus) mahupun pembentangan umum.

Ini adalah di antara pengorbanan mereka yang sedar tentang pentingnya untuk mengembalikan Islam supaya dihidupkan dalam setiap aspek kehidupan mereka. Bagi saya, pengorbanan mereka berjaya merubah biah(suasana) pelajar di sini untuk belajar menghayati Islam secara praktikal. Walaupun masih ada compang campingnya dalam pergerakan memperbaiki kualiti pelajar di sini, namun bagi saya ia cukup menyayat hati di atas pengorbanan mereka hingga beberapa kali saya menitiskan air mata mengenangkan pengorbanan mereka. Bahkan mereka hingga kini, terus istiqamah untuk melaksanakan pengorbanan mereka samada diri, masa, wang, kepakaran dan semuanya dihalakan untuk mengajak manusia mengenal siapa mereka dan ke mana mereka selepas ini.

Saya juga tidak menafikan jasa-jasa yang lain bahkan banyak kisah-kisah pengorban yang boleh dikongsikan. Tapi kisah yang saya kongsikan di atas adalah antara kisah yang benar-benar mendidik saya untuk sabar dan istiqamah dalam mentarbiah diri.

Pengorbanan yang dituntut

Saya teringat apa yang diingatkan oleh As-syahid Imam Hassan Al-Banna kepada kita :

“apa yang saya maksudkan dengan berkorban ialah menyumbang jiwa dan harta, masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan. Segala pengorbanan yang disumbangkan demi gagasan ini tidak akan disia-siakan sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pahala yang lebih baik.

pengorbanan generasi terdahulu menjatuhkan tentera tartar adalah satu pengorbanan yang cukup dahsyat hingga ummah bergerak bersama merealisasikan gagasan yang jelas

Mari kita sama-sama renungi sepotong ayat dari Al-Quran :

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membayarnya dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu membunuh atau dibunuh. Itulah janji yang benar yang disebut di dalam kitab Taurat, Injil dan Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian adalah kemenangan yang besar.” -Surah At-Taubah : 111-

Begitulah nilai pengorbanan yang perlu ummat ini faham supaya gagasan yang ingin dibwa oleh kita jelas dan mencapai dengan cara yang paling baik. Ada syair Arab menyebut :

“Sesiapa yang mengejar ketinggian tanpa berpenat lelah, maka dia telah mensia-siakan kerjanya dalam menuntut sesuatu yang mustahil”

Sebagai ummat Islam, pengorbanan yang perlu kita laksanakan bukanlah pengorbanan yang biasa-biasa tetapi ia mempunyai implikasi yang cukup besar kepada generasi seterusnya. Cuba kita selami jasa dan pengorbanan para sahabat. Antaranya, Suhaib Ar-Rumi.

Beliau telah mengorbankan seluruh apa yang beliau miliki demi untuk menolong agama Allah SWT. Oleh sifatnya yang kuat berkorban, Allah SWT telah merakamkan tindakan beliau sebagai pembakar semangat generasi seterusnya.

“Dan di antara mereka ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambanya” -AlBaqarah:207-

Rasulullah SAW memuji Suhaib Ar-Rumi seraya berkata : “Beruntunglah perniagaan kamu wahai Suhaib”

Begitu juga pengorbanan yang ditunjukkan oleh pendakwah pertama yang dihantar Rasulullah ke Madinah, Mus’ab Bin Umair. Seorang pemuda yang mengorbankan segalanya demi memenangkan dan meninggikan kalimah Allah di muka bumi.

Kita lihat pengorbanan bukan datang dari golongan lelaki sahaja tetapi kaum Hawa turut ditarbiah oleh rasulullah secara praktikal untuk bersama dalam satu sof agar kerjasama antara mereka wujud. Lihat sahaja pengorbanan sahabiyat seperti Khadijah, Ummu Salamah, Ummu Sulaim, Nusaibah, Asma’dan lain-lain.

Peringatan Buat yang Lupa

Duhai saudaraku,

Ketika kita menyibukkan masa kita dengan perkembangan hiburan atau sukan, mengikuti gosip-gosip artis Korea, melayan drama, mengupdate lagu terkini yang seronok untuk didengari, tapi mereka berhempas pulas memikirkan usaha yang terbaik untuk meningkatkan prestasi iman mereka serta memikirkan tindakan-tindakan yang boleh diambil mereka untuk menyedarkan ummat dan khususnya bangsa mereka sendiri yang kian leka.

mickey mouse yang dikenali sebagai watak kartun kanak-kanak kini mengorak langkah yang akan meruntuhkan jati diri ummah

Ketika kita bersengkang mata untuk menonton movie-movie di tengah malam, golongan yang cintakan Allah dan agama yang suci bermunajat memohon keampunan bagi ummatnya. Ketika kita seronok mengupdate gadget kita untuk tujuan bermegah-megahan, mereka mengurus wang mereka agar dapat digunakan di masa  mendatang bagi merealisasikan projek-projek dakwah. Ketika kita sibuk berlatih menyanyi hanya untuk menghiburkan orang lain, mereka mendidik diri supaya mampu memberi manfaat untuk ummatnya dalam semua aspek kebaikan.

Kisah-kisah pengorbanan saya kongsikan bersama agar saya dan para pembaca menilai diri kita.

Apakah kita cuba sedaya upaya untuk mentarbiah diri semampu kita hingga Allah benar-benar menganugerahkan hidayah dan petunjuknya kepada kita?

Sudahkah kita berusaha untuk memberi sehabis baik untuk agama Allah dan ummah?

Apakah generasi seterusnya memahami Islam seperti mana kita memahaminya dengan jelas?

Adakah kita sudah berjaya melahirkan generasi lulusan dari Korea Selatan yang hebat dari sudut akhlaknya, peribadi Muslimnya, akademiknya bahkan sesuai dengan pasaran pekerjaan?

Duhai saudara saudariku yang dikasihi,

Kerja kita banyak. Tugas dan tanggungjawab kita besar. Tidak ada masa untuk kita bergoyang kaki. Lakukan pengislahan (pembaikan) dari diri kita. Usahalah untuk belajar berkorban terutamanya masa dalam memahami Islam yang sebenar. Pertingkatkan sof tarbiah dan kukuhkanlah ikatan persaudaraan(ukhuwwah) antara kalian.

Mahukah kita melihat anak bangsa sendiri sebagai

i.jaguhnya adalah hanya pada game CS?

ii.pakar dalam strategi melawan musuh dalam Doota sahaja?

iii.tidurnya banyak hingga solat fardhu terlepas (terutamanya subuh)?

Namun, bila sampai aspek lain, dia adalah :

iv.Paling lambat menunaikan tanggungjawab fardhu.

v.tidak mengambil berat urusan akademiknya.

vi.Paling rosak akhlaknya dan sering mengkuti hawa nafsu.

Ayuh bangsaku,

Disiplinkanlah mengurus dirimu. Laksanakanlah ia sebaik mungkin dan sandarkanlah usahamu kepada Allah SWT. Berusahalah bersungguh-sungguh sehingga Allah SWT memberi kemenangan kepada kamu dan ummat ini.

“Membina Generasi Harapan”

“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”


Konvensyen 500 Tahun Memperingati Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka

Jemput ke Konvensyen 500 Tahun Memperingati Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka (KEMM1511) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

Mari melihat siapakah sebenarnya yang dikatakan MELAYU itu? Di mana kekuatan & keagungan sejarah Empayar Melayu yang tidak dibentangkan?  Mari bersama memahami erti & nilai sejarah kita!

Layari jaringan web KEMM1511 untuk maklumat lanjut.

 

Membina Generasi Harapan

Alhamdulillah, masih dapat menghirup udara dengan baik. Sekarang  di kampus, daun-daun dah mula luruh, angin pun dah mula bertiup kuat dan suhu pun semakin sejuk. Sudah hampir penghujung musim luruh. Sikit lagi dah nak musim sejuk.

Semalam, sebelum kelas eksperimen mula, tiba-tiba rindu adik-adik kat rumah, terutamanya adik-adik perempuan. Teringat sangat kat widad. Dia ni pendiam tapi kalau dia mula gelak, memang payah nak berhenti. Adik ni akan menduduki SPM tak lama lagi. Semoga Allah bantu dalam perjuangan dia dalam peperiksaan yang mendatang. Dulu waktu ambil keputusan PMR, paknap bawa dia ke pejabat Maahad. Alhamdulillah 8A 1B(Sejarah). Ok la tu bagi adik yang gigih dalam belajar. Dah la tak ambil mana-mana tusyen dekat luar. Hanya fokus pada sekolah dan tusyen sekolah sahaja. Adik yang seorang ni jenis pendiam tapi aktif sebenarnya.

Bukan adik widad saja yang paknap rindu, teringat juga Nuha dan Hana. Balik nanti insyaAllah cuba luangkan masa dengan baik dengan mereka.  Dulu waktu balik bercuti, pernah paknap riba Nuha(9 tahun), masa dalam kereta dalam perjalanan ke kampung(Selama, Perak). Sampai satu kawasan, Nuha terlena dek kepenatan. Masa tu paknap cuba tenung pada wajah si adik kecil yang comel ni. Terlintas satu persoalan dalam hati paknap, “Besaq nanti Nuha nak jadi apa ya??Macam mana cabaran zaman remaja Nuha nanti ek??” Terus paknap berdoa semoga Allah pelihara Nuha dan kami sekeluarga dari fitnah akhir zaman yang semakin mencabar. Tu baru terlintas tentang cabaran adik paknap, kalau zaman anak-anak paknap nanti??MasyaAllah tak dapat nak bayangkan cabaran dan kemunkaran pada zaman yang mendatang.

Kalau kita renung zaman sekarang, sudah pelbagai gadget yang dicipta oleh manusia untuk kemudahan seharian. Namun, ada sesetengah pihak menyalahgunakan perkembangan teknologi ini untuk menyebarkan maksiat dan kemunkaran. Salah guna, habislah kita.

"Bersama bonda di hadapan rumah selepas penat beriadah, main badminton"

—————————————————————————————————-

Pasaipa paknap bawa cerita adik-adik paknap pulak??

Kisah di atas bagi paknap satu titik penting dalam banyak-banyak titik hidup paknap (setakat ni..hehe). Apa yang paknap cuba bawa ialah :

  1. Cabaran anak-anak perempuan/wanita di zaman sekarang (Lelaki jangan ingat depa terlepas pulak )
  2. Tanggungjawab abang (Along) terhadap adik-adik perempuannya.

Saban kali mendengar masalah-masalah sosial yang  bobrok seperti rogol, anak luar nikah, seks rambang, pornografi, arak, dadah dan sebagainya membuatkan kita bimbang terhadap masa depan ummah ini lebih-lebih lagi nasib kaum kerabat sendiri. Hari ini sahaja kita boleh lihat cabaran wanita Muslimah cukup hebat. Seandainya wanita Muslimah tidak pandai menjaga muru’ah (maruah) mereka sebaik mungkin, cukup mudah tergadai pada tangan-tangan lelaki yang hanya ingin memenuhi nafsu serakah mereka.

Peliharalah nilai harga diri kalian wahai wanita Muslimah, agar tidak mudah terpesona dengan tipu daya dunia ini. Jaga diri betul-betul. Dan kadang-kadang berlaku juga masalah-masalah di atas di kalangan mereka yang belajar agama. Memang tak boleh nak dinafikan isu sebegini memang berlaku. Oleh itu, bagi mereka yang ada kefahaman agama, sentiasalah berhati-hati dan jangan sesekali mudah terpedaya dengan pujuk rayu syaitan. Sebab syaitan yang datang menggoda kita mungkin syaitan yang berpangkat Sargeant, Leutanient, Sarjan Major atau mungkin yang lebih hebat dari ini. Sama-sama kita menjaga reputasi kita agar kita tidak menjadi fitnah kepada masyarakat sekeliling dan tak dichop sebagai ‘mereka yang belajar agama tapi sama ja dengan orang yang tak belajar agama’. Perbaiki diri secara bertahap dan selalulah memohon keampunan dari Allah SWT.

"Sewajarnya wanita Muslimah keluar membina tsaqafah(kefahaman) yang mantap"

Antara usaha-usaha yang kita boleh lakukan agar dilindungi dari perkara yang tidak bermanfaat :

1. Kekalkan nilai-nilai Islam dalam diri walau di mana berada.

2. Sentiasa bersama rakan-rakan yang baik.

3.  Hadiri aktiviti-aktiviti yang sihat.

4. Mengikatkan hati dengan cintakan masjid.

Dan yang penting juga dalam memperbaiki diri ialah perancangan yang betul dan keazaman yang tinggi untuk berubah ke arah lebih baik.

Melihat kepada aspek sebagai abang besar dalam rumah pula, menjadi tanggungjawab kita untuk tunjuk peribadi yang terbaik terhadap adik-adik . Bahkan dalam keluarga, sebagai Along, bila ditegur oleh adik-adik, jangan mudah untuk bersikap emo ataupun tidak mengendahkan apa yang dinasihati oleh mereka. Istilah ‘makan garam dulu’ kadang-kadang tak sesuai digunapakai hanya kerana untuk memenangkan pihak kita sahaja. Berterima kasihlah dan bersyukurlah ada adik-adik yang berani untuk mengingati kita.

"Rijal(pemuda) dibina di dalam keluarga. Memberi kefahaman Islam yang jelas itu keutamaan"

Along juga boleh dikatakan tempat mengadu selain daripada ibu dan ayah. Bagi perempuan-perempuan yang ada abang, paknap syorkan untuk berkongsi masalah dengan abang mereka sendiri. Dengan cara ini, ikatan kekeluargaan akan lebih mesra dan kasih sayang terjalin antara adik perempuan dan abang.  Oleh itu, abang perlulah bersikap tanggungjawab dan seorang yang selalu mengambil berat tentang adik-adiknya. Kalau ada ramai adik, kena rajin tahu perkembangan adik-adik. WaALLAHU a’lam.

“O ye who believe! Ward off from yourselves and your families a Fire whereof the fuel is men and stones, over which are set angels strong, severe, who resist not Allah in that which He commandeth them, but do that which they are commanded.” [66:6]