ShArinG is CariNG…paknab

kenangan di 1 syawal 1430

September 20, 2009 · 19 Comments

maaf buat semua, paknab tak sempat nak mengedit2 gambar… ^ ^

kemeriahan raya

aimien aka bob,syahid aka atip, arif

DSC_0040

ketenangan di pagi raya..

ketenangan di pagi raya..

kenangan..

kenangan..

iman dan adiknya...

iman dan adiknya...

kegembiraan dikongsi bersama...

kegembiraan dikongsi bersama...

senyuman from bro napi..

senyuman from bro napi..

anak ke paknab??aah anak..yer la anak orang pun anak jg ^ ^

anak ke paknab??aah anak..yer la anak orang pun anak jg ^ ^

pegawai kedutaan

pegawai kedutaan

senyuman bro pijun..

senyuman bro pijun..

friends(from left: koh jun han[former housemate], ng teck sheng, ammar[former housemate])

from left: koh jun han,ng teck sheng,ammar

bro ammar pres ppmk

bro ammar pres ppmk

think big think 85

think big think 85

from left:soo cha yang, koh jun han, ng jing tying, mohd syamim

from left:soo cha yang, koh jun han, ng jing tying, mohd syamim

kelas 4 kenanga (duduk 4 dari kiri: en hanisan, pegawai jpa)

kelas 4 kenanga (duduk 4 dari kiri: en hanisan, pegawai jpa)

dgn cikgu add math(tengah 4 dari kiri: kak ani, pgwai jpa)

dgn cikgu add math(tengah 4 dari kiri: kak ani, pgwai jpa)

persatuan sejarah dan geografi

persatuan sejarah dan geografi

mereka sudahpn digelar suami isteri..^ ^(my batch: hasanah n syahril)

mrk sudahpn bergelar suami isteri..^ ^(my batch: hasanah n syahril)

→ 19 CommentsCategories: coretan hati

maaf ku pohon…

September 19, 2009 · Leave a Comment

kenangan bersama keluar februari 2009.(sulaim n anis tiada dalam gambar)

kenangan brsm keluarga feb 2009.(sulaim n anis tiada dalam gambar)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI buat keluarga tercinta di alor star, kedah.

Semoga Ramadhan yang baru meninggalkan kita mampu mengisthbatkan kita dalam terus berjuang demi menegakkan kalimah ALLAH yg tinggi.

Buat rakan-rakan di perantauan, terus berjuang tanpa kenal erti penat lelah. Jadikan pengalaman sepanjang di perantauan sebagai kekuatan kita mengharungi kehidupan yang penuh mehnah ini.

Tak lupa buat semua rakan-rakan di Malaysia, luangkan masa kalian sepanjang bulan Syawal menziarahi sanak saudara dan rakan-rakan. Kuatkan kembali ikatan persaudaraan kita sesama Muslim. Leraikan segala dendam dan prasangka terhadap daudaramu.

“Dan sungguh, ALLAH telah menolong kamu dalam Perang Badar, padahal kamu dalam keadaan lemah. Kerana itu bertaqwalah kepada ALLAH agar kamu mensyukuriNya.”   -3:123-

→ Leave a CommentCategories: coretan hati

bosan la sejarah…

September 10, 2009 · Leave a Comment

bismiLLAH walhamdulillah selesai juga susun jadual kelas untuk semester ni. harap-harap tak kena extend..

semoga dipermudahkan oleh ALLAH dalam setiap urusan kita.

apa yang best dengan semeseter kali ni??hehe..

sebenarnya hidup sebagai student ni kat mana-mana pun susah. namun, kita yang disulami dengan aqidah yang benar serta mengerti erti perjuangan sewajarnya mencorakkan supaya pengalaman kita sebagai student dikenang oleh kita sendiri di hari tua, merasai keseronokan & keghairahan dalam menuntut ilmu. “klik..klik…klik,” bunyi tetikus yang sedang sibuk ditekan oleh hujung jari telunjuk paknab. selesai sinchong(register) subjek, paknab semak balik satu persatu subjek yang diambil.fuuhh….ada satu subjek yang agak susah di situ:

“과학사 (History of Science & Technology)”

ia di antara subjek elektif wajib(심화교양) di sini. subjek ni wajib ambil untuk grad sebagai seorang jurutera bertauliah berlandaskan ABEEK.hehe…subjek ni diajar dalam bahasa korea dan exam pun kena jawab dalam bahasa korea. letih juga ni. tapi takper paknab proceed jer dengan subjek yang sudahpun diambil. lepas tengok-tengok balik silibus dia, sekali pandang macam tak adil. sebab apa yang tak adil tu??

tak adil tu sebab pembahasan dalam buku tu tentang kemajuan sains & teknologi ketika era khilafah islamiyyah sikit sangat sedangkan  ISLAMlah yang di antara penyumbang banyak dalam kehidupan manusia sejagat. namun, bila rujuk buku-buku teks lain semuanya sama jer. muka surat berkaitan pembahasan kemajuan sains & teknologi oleh ummat islam boleh dikira. sedihnyer…

buku

Textbook: The Dynamics of Science with History,Ju Wan Cheol & Ju Guang Seok, 2000, SKKU press

biarlah apa pun tapi sejarah antara subjek yang paknab gemar sebenarnya kerana banyak yang kita perolehi dan islam juga menggalak ummatnya mempelajari dari sejarah ummat dahulu. tup tup tup… hari selasa lepas, paknab masuk kelas sejarah ni. hari ni kami belajar tentang tamadun dunia-tamadun mesopotamia dan tamadun mesir. masuk jer bab tamadun mesir, paknab seronok sangat. ye la sebab baru balik dari mesir. waktu tu juga pengalaman-pengalaman sepanjang di mesir keluar. ikhwah, makanan, giza, tarbiah, team-team ex-maahad,budaya arab etc….

kuat betul penangan mesir  ni…hmmm

DSC_1044

kenangan bersama sebilangan ikhwah mesir(23/8/09)

kyosu(professor) yang ajar graduan universiti di jerman. jadi, buku-buku rujukan dia semua buku dalam bahasa jerman. hebat tu. sepanjang kelas, beliau ada juga sentuh tentang struktur masjid mesir yang dibina oleh jurutera muslim(tak paham sangat penjelasan dia sebab suara dia perlahan) dan beliau pun dah sampai ke mesir hatta ke aswan, melihat kehebatan Fir’aun Ramses II(fir’aun yang kejar Nabi Musa A.S. hingga ke laut merah) membina empayar. kami tak sempat nak ke Luxor dan Aswan memandangkan susah nak dapat tiket keretapi(nanti paknab citer pengalaman perit kami membeli tiket dalam post lain..insyaALLAH).  penuh semangat kyosu tu cerita tentang kehebatan tamadun yang dibina fir’aun.

istifadah(pengajaran):

sejarahlah di antara perkara yang diputarbelitkan oleh orang yahudi untuk menjatuhkan dan menghancurkan ummat Islam. jadi, untuk  belajar sejarah dan mengkaji sejarah, biarlah diiringi dengan ‘aqidah yang benar dan sejarah yang diceritakan oleh Al-  Quran.

Di hari yang sama, bila paknab baca Al-Quran terasa macam berbual dengan Al-Quran dan ditegur olehnya. lain dari apa yang paknab faham dari kelas sejarah tadi. moga ilmu-ilmu yang kita belajar lebih mendekatkan kita kepada Tuhan Pencipta ‘Alam ini.

“Kami membacakan kepadamu sebahagian dari kisah Musa dan Fir’aun dengan sebenarnya untuk orang-orang yang beriman. Sungguh, Fir’aun telah berbuat sewenang-wenang di bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dia menindas segolongan dari mereka(Bani Israel), dia menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak perempuan mereka. Sungguh, dia(Fir’aun) termasuk orang yang berbuat kerosakan.”  28:3&4

→ Leave a CommentCategories: coretan hati

semester baru wajah baru…

September 7, 2009 · Leave a Comment

alhamdulillah dengan ‘inayah(bantuan) ALLAH paknab dah masuk ke tahun 3 semester 2. semester 1 haritu banyak subjek2 yang salah susun sebab tak faham sistem ABEEK di SKKU ni tapi sekarang dah faham dah. moga ALLAH permudahkan untuk semsester kali ini. buat rakan-rakan di sini, mulakan semester baru ni dengan niat yang betul dan teruskan usaha kalian dalam medan jihad ni. teguhkan kaki-kaki kita untuk mara seumpama ahlul badr(ahli perang badar). kita sudahpun masuk hari ke 17 ramadhan. maka, ambillah kesempatan ini untuk merenung seerah perjuangan sahabat yang terlibat dalam perang agung tersebut.

buat sahabat-sahabat seperjuanganku,

luangkan masa untuk muhasabah balik perjuangan kita selama ini dalam arena pelajaran ini. sudahkah berbaloi dengan apa yang kita perolehi sekarang untuk disumbang demi kebangkitan ISLAM??? ayuh rakanku, kikislah sedikit demi sedikit karat-karat jahiliyyah dalam hati sanubari kita. siramilah ia dengan keimanan yang hakiki. kita yang di oversea ni banyak peluang untuk melihat perkembangan ummat islam dari luar kotak. kita juga mampu merasai ‘izzah memiliki islam itu sendiri. merasai kemanisan iman kurniaan ALLAH SWT tanpa dipaksa dan ditekan. berilah peluang untuk diri kita berubah ke arah lebih baik. hidayah ALLAH perlu juga berusaha untuk mendapatkannya.

jom sahabat-sahabatku kita mara bersama ke arah pelajar yang lebih produktif!!!

→ Leave a CommentCategories: coretan hati

Kembara Al-Fateh & ‘Amr Al-Asr ‘09 #1

September 3, 2009 · Leave a Comment

Alhamdulillah mcm2 persediaan sudah dilakukan untuk kembara kami. Dari segi fizikal dan mental semuanya diambil kira. Namun, apa yang perlu dipastikan walau sehebat mana kita merancang, perancangan ALLAH adalah yang terbaik. Maka, setelah perancangan dibuat, perlunya tawakkal buat kita sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku pada diri kita di masa hadapan. Perancangan pengembaraan kami ke sana bermula sebulan sebelum kami bertolak. Punya la semangat nak ke Mesir sebab dah lama berazam  untuk menjejak kaki di Bumi Kinanah. Tambahan pula background family dan sekolah yang sering menyimpulkan hati ini dengan suasana di sana turut membuatkan paknab bertambah semangat nak ke sana.

Asalnya pengembaraan kami ni dinamakan “KEMBARA AL-FATEH & AS-SYAFI’E ‘09″.

Kenapa nama tu juga diambil?

sebabnya:

1. Al-Fateh : bersempena nama Muhammad Al-Fateh yang merupakan pembuka bandar Konstantinopel yang mana sejarahnya amat masyhur di kalangan ummat Islam dan bukan Islam. nak tahu lebih lanjut tentang Muhammad Al-Fateh boleh la baca di blog Ustaz Fauzi

2. As-syafie : bersempena nama Mujtahid agung Imam As-syafie dan merupakan pengasas kepada mazhab As-syafie. Antara kehebatan beliau yang paknab cukup terpegun bila melihat kesungguhan beliau dalam mendalami ilmu Bahasa Arab. Beliau mengambil masa lebih kurang 12 tahun untuk menguasai betul-betul bahasa mulia ni.

Namun, meletakkan nama pengembaraan bukanlah sekadar seronok-seronok tapi dengan niat untuk mendalami sejarah kehebatan ummat Islam dahulu dan mengambil istifadah(pengajaran) dari pengembaraan kami. Namun, nama pengembaraan ini ditukar ketika kami di Mesir kepada “KEMBARA AL-FATEH & ‘AMR AL-ASR ‘09″ setelah kami mengetahui bahawa pembuka Mesir adalah ‘Amru Al-Asr. Mesir dibuka ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab (639 M). Ketika itu, Mesir di bawah cengkama Kerajaan Byzantine. Bumi Turki dan Mesir mempunyai banyak lipatan sejarah Islam yang boleh dikaji oleh kita.

ikuti sambungan pengembaraan kami…..

“Dan sungguh, kami telah mengutus seorang rasul untuk setiap umat(untuk menyerukan), “Sembahlah ALLAH, dan jauhilah taghut”, kemudian di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh ALLAH dan ada pula yang tetap dalam kesesatan. Maka berjalanlah kamu di bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan orang yang mendustakan(rasul-rasul).”  -16:36

“Katakanlah(Muhammad), “Berpergianlah di bumi lalu lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang dahulu. Kebanyakan dari mereka adalah orang-orang yang mempersekutukan(ALLAH). Oleh kerana itu, hadapkanlah wajahmu kepada agama yang lurus(ISLAM) sebelum datang dari ALLAH suatu hari(kiamat) yang tidak dapat ditolak, pada hari itu mereka terpisah-pisah.” -30:42&43

→ Leave a CommentCategories: pengembaraan

Permulaan baru…

July 29, 2009 · 6 Comments

Alhamdulillah, akhirnya hidup juga blog ni. Asalnya macam malas sket nak ada blog ni tapi memandangkan dengan adanya blog paknab mudah sket nak update macam2 event. So, akhirnya paknab usahakan untuk hidupkannya..hehe

InsyaALLAH paknab akan mulakan pengisian dalam blog ini dengan kisah perjalanan kami untuk musim panas kali ini ke istanbul dan mesir. Dah lama berangan nak menjejak kaki ke bumi kinanah. Moga-moga Allah permudahkan urusan kami untuk ke sana. Namun apa yang pasti sebelum bertolak ke sana, niat mesti betul. Kalau niat ke sana pun dah salah memang terpesongla perjalanan kali ini dan tidak memberi apa2 maksud buat paknab. Kerana niat ini sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim hinggakan Imam Bukhari rahimahuLLAH memulakan kitab sahih bukhari beliau dengan sepotong hadis dari Rasulullah berkaitan dengan niat tanpa memulakan muqaddimah(kata pengantar seperti kitab-kitab atau buku-buku lain). Dan perkara ini menjadi perbahasan di kalangan ulama.

Di sini paknab suka untuk refresh balik hadis tersebut. Kalau zaman sekolah dulu, hadis ni la di antara hadis paling popular.

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Khattab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada ALLAH dan RasulNYA, maka hijrahnya menuju ALLAH dan RasulNYA. Barangsiap yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

(Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kita yang paling sahih.)

Semoga perjalan kami ke sana membuka ufuk baru dalam erti hidup kami…insyaALLAH

Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling

sahih

Semoga perjalanan kami kali ini dapat membuka ufuk baru dalam perjalanan hidup kami…insyaALLAH

→ 6 CommentsCategories: pengembaraan